Kelebihan Program Affiliate
Seperti yang pernah saya bincangkan disini anda sudah tentu mengetahui serba sedikit tentang apa yang dimaksudkan dengan Program Affiliate. Baiklah, sekarang saya akan terangkan pula kelebihan² sekiranya anda berperanan sebagai :-
a) Penjual Produk – yang menyediakan perkhidmatan affiliates sebagai alat atau fungsi untuk melebarkan strategi pemasaran anda
ataupun ;
b) Affiliater – yang mendaftar dengan laman web yang menyediakan program affiliate untuk menjadi agen penjual bagi produk yang dijual dengan impian untuk menambah pendapatan dari pekerjaan ini.
PRODUK |
BIL |
KELEBIHAN |
|
Internet Marketer |
Affiliater |
||
Ebook A |
1 |
Dapat mengembangkan sayap promosi berbanding sekiranya IM tersebut menjalankan promosi berseorangan sudah tentu lingkungan promosi menjadi terhad. |
Menjana komisyen sehingga 50% dari harga produk sebenar. Bermakna sekiranya produk berharga RM 50 affiliater akan mendapat RM 25 untuk setiap jualan yang dihasilkan. |
2 |
Pemasangan sistem affiliate yang sungguh mudah – kini terdapat banyak program affiliate yang ditawarkan dipasaran tempatan mahupun juga pasaran antarabangsa. Pembelian juga akan didatangkan sekali dengan Ebook Panduan untuk memasang sistem ini. |
Tidak perlu keluar rumah untuk mencari pembeli. Ini dapat dilakukan hanya dari depan komputer anda mungkin semasa anda sedang menghirup kopi panas
|
|
3. |
Kos penyelengaraan yang rendah – IM hanya akan monitor progress untuk jualannya dan affiliaternya menerusi control panel yang benar-benar user friendly. Tidak perlu keluar rumah untuk berjumpa wakil penjual. Penambahan bahan promosi juga dapat dilakukan dari control panel tersebut. |
PERCUMA – Tiada kos untuk pendaftaran – sepanjang pengetahuan saya belum terjumpa lagi sistem pendaftaran affiliate yang meminta sejumlah bayaran bagi menjadi wakil affiliate. |
|
Paparan 1 : Jadual kelebihan diantara Internet Marketer ( Penjual ) dan Affiliater
Nampak tak ? ini baru sedikit kelebihan yang terdapat sekiranya anda menggunakan program affiliate didalam sistem web jualan anda anda juga sekiranya anda menjadi affiliater untuk satu² produk itu. Jika anda berpeluang melayari mana – mana laman web yang menjual satu produk cuba perhatikan dimana terletaknya butang untuk anda menjadi affiliate.
Baiklah sampai disini dahulu coretan saya, akan datang saya akan terus mengupas ilmu berkaitan affiliate ini dengan lebih mendalam lagi. Selamat Mencuba…bye
Share







